Monday, July 26, 2010

Novel Azfa Hanani - Plot dan Binaan Plot



Assalamualaikum...di sini saya berikan soalan latihan beserta jawapan. Semoga dapat membantu...

ingat! untuk menjawab soalan novel pastikan:
- nyatakan novel pilihan anda.
- nyatakan dahulu pernyataan isi (plot, watak, gaya bahasa dll)secara umum tanpa ada kaitan secara langsung dengan novel.
-berikan keterangan isi/ contoh yang sesuai...



Latihan
a) Huraikan binaan plot dalam novel yang anda pelajari. (8 markah)




Jawapan:





a) Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohamad Hanafiah.




Binaan plot atau jalan cerita novel ini disusun secara kronologi atau mengikut peristiwa. Pada peringkat permulaannya, pengarang memperkenalkan watak utama dan penceritaan (pernyataan isi 1). Contohnya, kita diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui pencuri buku di perpustakaan sekolah telah dapat dikesan dan akan ditangkap serta diambil tindakan. Dia telah dipanggil ke bilik pengetua. Rupa-rupanya dia ditawarkan menjadi anak emas keluarga kaya dan diminta untuk menyamar kerana wajahnya mirip Tengku Murni. Pengarang menjadikan cerita ini semakin rumit apabila watak utama menghadapi pertikaian dengan watak lain(Pernyataan isi 2). Contohnya, sewaktu Azfa Hanani mendapat bungkusan hadiah daripada Ekran. Ekran mengaku bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Tengku Murni namunmendapat tentangan daripada seseorang. Pada peringkat klimaks, penarang memaparkan detik cemas yang dihadapi oleh watak utama( pernyataan isi 3). Sebagai contoh, Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffar menjadi penghalang perhubungan akrab Tengku Murni dan Ekran kononya tidak setaraf pangkat dan darjat. Berlaku pertengkaran yang besar antara Tengku Muzaffar dan Azfa Hanani. Datin Maziah yang terdengar perbalahan mereka berasa begitu marah dan tertipu.Azfa Hanani ditampar dan dihalau keluar dari banglo mereka. Akhirnya pada peringkat peleraian segala persoalan telah terjawab dan menemukan jalan penyelesaian kepada permasalahan yang telah timbul sebelum ini( pernyataan isi 4). Penulis menceritakan Datuk Tengku Makmur memberitahu Azfa Hanani bahawa beliau yang sedang mabuk telah melanggar teksi yang dinaiki keluarga Azfa Hanani hingga mengakibatkan ibu dan bapa Azfa Hanani terbunuh. Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur berjanji menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang untuk menebus kesilapan mereka 16 tahun lalu.